Bahagian Penyajian
Bahagian Penyajian PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 22 June 2009 14:05

 Kursus                    :           Penyajian

Kod kursus              :           HT-010-1 (Pramusaji)

                                            HT-010-2 (Kapten Makanan dan Minuman)

 

Tenaga Pengajar 

Ketua jurusan            :           Pn. Hindon Bt Hj Ismail 

Pengajar                   :           Pn. Anith Mastura Bt Mansor 

                                            Cik. Siti Aishah Bt Md Amin

1.    Pengenalan

Kursus Pramusaji merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Hospitaliti.  Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’(NOSS) di sediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK).  Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem keterampilan.  Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. 

2.     Objektif 

2.1    Menyediakan latihan kemahiran secara intensif berorientasikan standard

        perhotelan terkini;

2.2    Melahirkan pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage;

2.3    Memupuk semangat daya saing, dinamik dan berilmu di kalangan pelatih;

2.4    Menerima perpindahan teknologi dalam usaha mempertingkatkan mutu

        bagi melahirkan produk berketerampilan dan cemerlang. 

 

3.     Ringkasan Kursus 

3.1   Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan

       cara penggunaan perkakas dan alatan penyajian.

3.2   Penyediaan pelbagai kaedah penyajian makanan dan minuman serta

       khidmat pelanggan. 

 

4.     Modul Kursus 

Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh JPK. 

4.1    Perform safety/security and sanitation functions

4.2    Handle food and beverage equipment and utensils

4.3    Organise pre-preparation

4.4    Perform table layout

4.5    Perform beverage serving skill

4.6    Carry out various food services

4.7    Perform customer services

4.8    Perform special menu items 

 

5.     Aktiviti Kursus 

5.1   Menyertai Pertandingan Johan Kemahiran

5.2   Mengadakan jualan makan pagi, tengahari, hi-tea, dan malam secara

       perkhidmatan kaunter, penyajian Amerika, French, Rusia, China dan

       Melayu setiap dua minggu di mana setiap pelajar telah diberi

       peluang menjadi Pengurus untuk mengendalikan restoran.

5.3   Menguruskan jamuan untuk mesyuarat rasmi Institut, pelawat-pelawat

        dari dalam dan luar negara juga untuk agensi luar. 

 

6.    Latihan Logi 

Pelajar akan mendapat latihan selama 8 bulan di Institut ini dan mereka dihantar mengikut latihan logi selama 2 bulan.  Pelajar-pelajar akan ditempatkan di hotel-hotel seluruh Negara terutamanya di sekitar Lembah Klang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. 

 

7.    Persijilan dan Tempoh Kursus 

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu: 

 Bil

 Tahap

Peringkat 

 Tempoh

7.1 

 Tahap 1

Peringkat Asas (Pramusaji) 

 6 Bulan

7.2

 Tahap 2

 Peringkat Pertengahan (Kapten Makanan dan Minuman)

 6 Bulan 

 

8.     Prospek Kerjaya 

8.1    Bekerja di industri perhotelan dan pelbagai jenis restoran

8.2    Bekerja di bahagian katering penerbangan dan perkapalan.

8.3    Usahawan dalam bidang penyajian dan katering.

 

 

 

 

Last Updated on Wednesday, 04 December 2013 15:11
 

CARIAN

AKTIVITI SEMASA

PERMOHONAN RAYUAN

Permohonan Rayuan IKBN Peretak bagi sesi Julai 2/2014 telah pun DITUTUP pada 23 Jun 2014.Harap maklum




KONVOKESYEN 2014

Majlis Konvokesyen IKBN Se-Malaysia kali ke-10 Tahun 2014 akan diadakan pada 2 hingga 3 Jun 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Graduan IKBN Peretak adalah terdiri daripada pelajar-pelajar kemasukan sesi 1/2012 dan sesi 2/2012. Seramai 222 orang pelajar IKBN Peretak layak menghadiri Majlis Konvokesyen IKBN Se-Malaysia Tahun 2014 dan senarai nama yang layak adalah seperti di lampiran. Untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran anda, sila berhubung dengan Cik Marliana binti Abdullah (Unit Pengambilan dan Rekod Pelajar) di talian 03-60996133.

<>




Kajian ALUMNI

Perhatian!!! Mohon kerjasama kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Peretak untuk memberikan maklumat berkaitan bagi tujuan kajian mengenai kerjaya dan pencapaian pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar pengambilan sesi 2003 ke atas.Terima kasih.

<< ALUMNI >>





www.ikbnpt.gov.my

BAHASA

SIAPA DI TALIAN

We have 3 guests online

STATISTIK

Members : 461
Content : 276
Web Links : 6
Content View Hits : 845481

ALUMNI IKBNPT


AKTIVITI ALUMNI

IKBN SE-MALAYSIA