Bahagian Penyediaan Makanan
Bahagian Penyediaan Makanan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 19 June 2009 12:03

Kursus                   :     Pembantu Penyediaan Makanan

                                    Penyediaan Makanan                                   

Kod kursus            :     L-0041-1  

                                    L-0041-2  

Tenaga pengajar 

Ketua jurusan          :   Pn Hindon Binti Hj Ismail

Pengajar                 :   Pn Harmayah Binti Argadan 

                                  Pn Norazilah binti Abd Rahman 

 

1.        Pengenalan 

Kursus Penyediaan Makanan merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Hospitaliti.  Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).  Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem keterampilan.  Keterampilan pelajar dinilai  secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. 

 

2.      Objektif  

2.1     Memberi latihan kemahiran dari segi teori dan amali dan memberi

         latihan lanjutan bagi meningkatkan mutu kerja;

2.2     Melatih belia-belia supaya berpengalaman dalam bidang perniagaan

         (makanan) bagi melahirkan usahawan belia yang progresif dan

         menanam semangat untuk berdikari supaya mampu bekerja sendiri;

2.3     Meningkatkan disiplin belia sesuai dengan aspirasi Negara; dan

2.4     Memberi latihan logi (OJT) kepada belia dengan kerjasama

          pihak hotel dan agensi luar. 

 

3.      Ringkasan Kursus 

3.1     Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri

         dan cara penggunaan perkakas dan alatan masakan.

3.2     Penyediaan pelbagai jenis masakan tempatan dan barat, sarapan jenis

         tempatan dan barat, pencuci mulut, pastri dan roti. 

 

4.      Modul Kursus 

Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK. 

4.1     Perform safety/security and sanitation functions

4.2     Operate and use tools and equipment

4.3     Activate requisition and handle raw materials

4.4     Carry out preparation

4.5     Produce dishes by various methods of cooking

4.6     Produce local breakfast

4.7     Produce western breakfast

4.8     Produce accompaniment

4.9     Produce stocks

4.10   Produce pastry products

4.11   Produce bakery products

4.12   Produce local sauce/gravy

4.13   Produce sauce and dressing

4.14   Produce desserts

4.15   Produce soup

4.16   Produce appetizers

4.17   Produce vegetable dishes

4.18   Produce farinaceous products

4.19   Produce snacks and cocktail dishes

4.20   Produce rice dishes

4.21   Operate outside kitchen area 

 

5.      Aktiviti Kursus 

5.1    Menyediakan jamuan untuk mesyuarat rasmi, pelawat-pelawat dari dalam

         dan luar negeri dan dari agensi-agensi luar.

5.2    Menubuhkan koperasi Kelas Penyediaan Makanan, di mana pelajar-pelajar

        membuat jualan pada hari Sabtu. Koperasi ini juga ada menerima

        tempahan dari orang perseorangan.

5.3    Menyertai Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia.

5.4    Mengadakan lawatan sekitar Kuala Lumpur.

5.5    Latihan sambil bekerja hujung minggu di Quest Resort dan Silver Park

        Resort Bukit Fraser, mengikut giliran kepada semua pelajar.

 

6.     Latihan Logi 

Pelajar akan mendapat latihan selama 16 bulan di Institut ini dan mereka dihantar mengikut latihan logi selama 2 bulan.  Pelajar-pelajar akan ditempatkan di hotel-hotel di seluruh negara terutamanya sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Langkawi, Negeri Sembilan dan Melaka. 

 

7.     Persijilan dan Tempoh Kursus 

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu: 

 Bil

 Tahap

 Peringkat

 Tempoh

 7.1

Tahap 1

Peringkat Asas (Pembantu Penyediaan Makanan) 

12 Bulan

 7.2

Tahap 2

Peringkat Pertengahan (Penyediaan Makanan)

6 Bulan 

8.      Prospek Kerjaya 

8.1    Bekerja di industri perhotelan dan pelbagai jenis restoran

8.2    Usahawan dalam bidang katering

Last Updated on Wednesday, 04 December 2013 15:15
 

CARIAN

AKTIVITI SEMASA

PERMOHONAN RAYUAN

Permohonan Rayuan IKBN Peretak bagi sesi Julai 2/2014 sedang dibuka bagi Kemasukan Julai 2014. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Rayuan Kemasukan IKBN Peretak. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Jun 2014. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan dan Rekod Pelajar di talian 03-60996133.

<< BORANG PERMOHONAN >>




KONVOKESYEN 2014

Majlis Konvokesyen IKBN Se-Malaysia kali ke-10 Tahun 2014 akan diadakan pada 2 hingga 3 Jun 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Graduan IKBN Peretak adalah terdiri daripada pelajar-pelajar kemasukan sesi 1/2012 dan sesi 2/2012. Seramai 222 orang pelajar IKBN Peretak layak menghadiri Majlis Konvokesyen IKBN Se-Malaysia Tahun 2014 dan senarai nama yang layak adalah seperti di lampiran. Untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran anda, sila berhubung dengan Cik Marliana binti Abdullah (Unit Pengambilan dan Rekod Pelajar) di talian 03-60996133.

<>




Kajian ALUMNI

Perhatian!!! Mohon kerjasama kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Peretak untuk memberikan maklumat berkaitan bagi tujuan kajian mengenai kerjaya dan pencapaian pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar pengambilan sesi 2003 ke atas.Terima kasih.

<< ALUMNI >>





www.ikbnpt.gov.my

BAHASA

SIAPA DI TALIAN

We have 18 guests online

STATISTIK

Members : 426
Content : 271
Web Links : 6
Content View Hits : 782838

ALUMNI IKBNPT


AKTIVITI ALUMNI

IKBN SE-MALAYSIA