MENU UTAMA
PERKHIDMATAN
AKTIVITI IKBNPT
INTERAKTIF
SIAPA DI TALIAN
We have 7 guests onlineSTATISTIK
Members : 157Content : 124
Web Links : 6
Content View Hits : 270480
| Bahagian Terapi Kecantikan |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||||||||||
| Monday, 22 June 2009 13:00 | |||||||||||||||
|
Kursus : Terapi Kecantikan Kod kursus : N-011-1 (Juru Kecantikan) N-011-2 (Juruestetik)
Tenaga pengajar Ketua Jurusan : Pn. Norashikin bt Hj A. Tajuddin Pengajar : Pn. Shaliza binti Ahmad Powab
1. Pengenalan Kursus Terapi Kecantikan merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Perkhidmatan Personel. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
2. Objektif 2.1 Memberi latihan dalam melahirkan para beliawanis yang berkemahiran, berpengetahuan dalam jurusan; 2.2 Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan (tahap) yang maksimum; dan 2.3 Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan bersaing maju.
3. Ringkasan Kursus 3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan perkakas dan alatan solekan. 3.2 Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka, teknik mekap, pengurusan salon dan khidmat pelanggan.
4. Modul Kursus Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK. 4.1 Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas 4.2 Penjagaan kesihatan diri dan salon 4.3 Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan 4.4 Analisis, penjagaan dan perawatan kulit muka 4.5 Perawatan kaedah manual 4.6 Perawatan menggunakan mesin 4.7 Perawatan kuku 4.8 Teknik mekap – asas dan professional 4.9 Perawatan bulu mata 4.10 Pengendalian pelanggan dan khidmat kaunter 4.11 Pengurusan salon 4.12 Etika dan penampilan diri 4.13 Perhubungan awam
5. Aktiviti Kursus 5.1 Teori Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam ‘learning guide’ mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 1 dan Tahap 2 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel. Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video. 5.2 Amali Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. ‘Live Model’ di kalangan rakan sekerja dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak. Keterampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul. 5.3 Latihan Niaga Pelajar-pelajar diberi peluang terampil kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ dikalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di Institut, juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya. 5.4 Ceramah dan Demontrasi Penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya.
6. Latihan Logi Pelajar akan mendapat latihan selama 12 bulan di Institut ini dan mereka dihantar mengikut latihan logi selama 2 bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di seluruh negara terutamanya sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Pahang, Johor dan Ipoh.
7. Persijilan dan Tempoh Kursus Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu:
8. Prospek Kerjaya 8.1 Bekerja sebagai Juru Kecantikan di agensi-agensi awam/swasta dan make-up artist. 8.2 Usahawanita dalam bidang kecantikan.
|
|||||||||||||||
| Last Updated on Thursday, 05 April 2012 10:39 |
CARIAN
AKTIVITI SEMASA
TAHNIAH!!
Tahniah kepada seluruh warga IKBN Peretak sempena "Persijilan Amalan 5S" oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC)" pada 26 Mac 2012 (ISNIN)
Permohonan UPU
Permohonan UPU kemasukan ke IKBN Peretak bagi sesi akademik 2012/2013 telah DITUTUP. Harap Maklum.
KONVOKESYEN
Majlis Konvokesyen IKBN Se-Malaysia 2012 akan berlangsung pada 14 Mei hingga 15 Mei 2012 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tahniah kepada semua graduan.
Kajian ALUMNI
Perhatian!!! Mohon kerjasama kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Peretak untuk memberikan maklumat berkaitan bagi tujuan kajian mengenai kerjaya dan pencapaian pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar pengambilan sesi 2003 ke atas.Terima kasih.
KONVOKESYEN
Senarai Graduan IKBN Peretak yang layak untuk Majlis Konvokesyen Tahun 2012. Harap maklum.


