Soalan Lazim PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Rohaya   
Thursday, 31 March 2011 16:24


Apakah Institut Kemahiran Belia Negara?

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Lahitan BElia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran belia tercicir. Pada tahun 1990-an, program latihan diperlaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.


Apakah Institut Kemahiran Belia Negara Peretak?

Institut Kemahiran Belia Negara Peretak sekarang terletak di Ampang Pecah, kira-kira 4km dari Pekan Kuala Kubu Bharu melalui Jalan Hamzah ke Pekan Rasa dan ia adalah 70km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ia didirikan diatas kawasan seluas 75 ekar. Berikutan Projek Empangan Sungai Selangor, Institusi ini berpindah ke Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu pada 1hb Julai 2002. Ia terletak berhampiran dengan beberapa Institut Pengajian seperti Darul Quran, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kem Bina Semangat (PLKN). IKBN ini merupakan salah satu daripada 15 IKBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 30hb April 2004.


Apakah syarat-syarat kemasukan ke IKBN Peretak?

  1. Warganegara Malaysia

  2. Berusia di antara 18-30 tahun semasa memohon

  3. Berkelulusan sekurang-kurangnyanya tamat tingkatan 5 (keutamaan adalah kepada calon yang lulus Bahasa Melayu, Sains dan Matematik diperingkat SPM/SPMV)

  4. Belum pernah berkahwin

  5. Sihat tubuh badan (akuan daripada doktor)

  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah

  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. (kecuali calon meningkat tahap)

  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.


Bagaimana dengan tempat penginapan dan makan minum?

  • Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian sepanjang tempoh latihan di IKBN


Kemudahan lain yang disediakan?

  1. IKBN menawarkan chalet, pengangkutan, klinik, penginapan, dewan dan bilik kuliah, dewan makan, makmal IT, surau, perpustakaan,padang kawad dan lain-lain lagi

  2. Elaun bulanan juga turut diberikan kepada pelajar

  3. Peralatan pembelajaran diberikan secara percuma

  4. Uniform termasuk kasut diberi percuma.


Adakah para pelajar di IKBN Peretak dibayar elaun wang saku?

  • Setiap pelajar akan di bayar elaun wang saku sebanyak RM100/sebulan dan RM300 semasa menjalani sesi latihan praktikal/ loji.


Bilakah sesi pengambilan IKBN dilakukan?

  • Sesi pengambilan IKBN dilakukan 2 kali setahun iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun.


Bagaimanakah hendak mendapatkan borang permohonan masuk ke IKBN?


Apakah Konsep Latihan yang dijalankan di IKBN?

Institut Kemahiran Belia Negara Peretak menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan adalah:-

  1. Latihan kemahiran

  2. Kepimpinan dan ketatanegaraan

  3. Keagamaan dan kerohanian

  4. Keusahawanan

  5. Kawad

  6. Sukan dan Rekreasi

  7. Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat

http://www.ikbnpt.gov.my/images/stories/logoo.jpg

 

 


Apakah pengertian logo IKBN?

Perisai :

Membawa makna IKBN menjadi tempat naungan bagi belia memperolehi latihan kemahiran. Warna biru membawa makna IKBN melahirkan tenaga kerja kolar biru yang berkemahiran dan diiktiraf.

Gear :

Membawa makna belia yang berkemahiran adalah penggerak kepada pembangunan negara. Warna kuning membawa maksud kecemerlangan dalam latihan adalah aspek yang sentiasa dititikberatkan dalam pembelajaran di IKBN.

Lengkungan dalam Gear Bewarna Merah :

Membawa makna IKBN berusaha memupuk sifat keberanian dan semangat kental para pelajar bagi menempuhi cabaran dalam alam pekerjaan yang bakal ditempuhi.

Simbol Buku :

Membawa maksud ilmu yang diterapkan kepada para belia di IKBN merangkumi pelajaran amali dan teori. Kulit buku berwarna hijau bermaksud para belia juga diterapkan dengan ilmu keagamaan dan nilai murni bagi melahirkan belia yang mahir dan bersifat mulia.


Apakah badan yang mengiktirafkan kelayakan pelajar IKBN?

Berikut adalah badan-badan persijilan yang mengiktiraf kelayakan dan kekompetensi bidang-bidang kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN):

  1. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 ,2 dan 3 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

  2. Suruhanjaya Tenaga (ST) Perakuan Kekompetenan Pendawai Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera

  3. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia Sijil Kecekapan Latihan

  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Diploma Teknologi

  5. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sijil Teknologi, Diploma Teknologi


Bagaimanakah dengan pekerjaan apabila saya tamat menjalani latihan di IKBN ini kelak?

Negara memerlukan tenaga mahir yang ramai jadi peluang pekerjaan sangat luas dimana hampir semua lulusan IKBN mendapat pekerjaan samaada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.


Setelah saya tamat dengan jayanya di IKBN ini, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi?

Peluang sentiasa terbuka untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara,Sepang (IKTBN) Malaysian France Institusi (MFI), German Malaysian Training intstitute(GMTI), ADTEC dan lain-lain lagi Institut pengajian swasta mahupun kerajaan dimana ianya menawarkan SMK tahap 3 dan Diploma Kemahiran.



Last Updated on Wednesday, 08 June 2011 12:41
 

CARIAN

MAKLUMAN

KURSUS MPP

Kursus Pengurusan dan Kepimpinan bagi Majlis Perwakilan Pelajar akan diadakan pada 10 hingga 12 Februari 2012 yang bertempat di Kompleks Rakan Muda, Taiping, Perak.

<< selanjutnya >>




Keselamatan

Minggu Keselamatan bagi pelajar-pelajar sesi 1/2012 akan berlangsung pada 11 Januari hingga 16 Januari 2012, bertempat di Auditorium, IKBN Peretak. Harap Maklum.

<< selanjutnya >>




Perhimpunan

Perhimpunan Bulanan Bulan Januari 2012 dan Majlis Penutupan Minggu Paradigma anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan diadakan di Dewan DAHA, IKBN Peretak pada 10 Januari 2012 (Selasa) bermula jam 8.00 pagi. Di samping itu, Majlis Pelancaran Amalan 5 S turut diadakan. Semua pegawai, kakitangan dan pelajar-pelajar IKBN Peretak diwajibkan hadir. Terima kasih...

<< selanjutnya >>




Kajian ALUMNI

Perhatian!!! Mohon kerjasama kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Peretak untuk memberikan maklumat berkaitan bagi tujuan kajian mengenai kerjaya dan pencapaian pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar pengambilan sesi 2003 ke atas.Terima kasih...

<< ALUMNI >>




Sijil SKM

Mohon kerjasama kepada semua bekas pelajar IKBN Peretak Sesi 2/2008, 1/2009, 2/2009, 1/2010, 2/2010 dan 1/2011 untuk mengambil Sijil SKM anda di Unit Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti IKBN Peretak. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Zarol Amin Bin Zali di talian 03-60996014. Harap maklum

<< SENARAI PENERIMAAN SIJIL MENGIKUT JURUSAN >>


www.ikbnpt.gov.my

BAHASA

PAUTAN IKBNP

IKBN ALOR GAJAH
IKBN BACHOK
IKBN CHEMBONG
IKBN DUSUN TUA
IKBN JITRA
IKBN BUKIT MERTAJAM
IKBN KINARUT
IKBN KUALA PERLIS
IKBN PAGOH
IKBN SERI ISKANDAR
IKTBN SEPANG
IKBN TEMERLOH
IKBN WAKAF TAPAI
IKBN NAKA
IKBN KUALA LANGAT
IKBN KEMASIK
IKBN PEKAN
IKBN MIRI
IKBN BANDAR PENAWAR


Penafian : Pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Untuk paparan terbaik (Mozilla Firefox Versi 2.0.0.20 ke atas: 1024 × 768). Semua Hak Milik adalah Terpelihara ©