| Jurusan Penyediaan Makanan |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||||||||
| Friday, 19 June 2009 12:03 | |||||||||||||
|
Kursus : Pembantu Penyediaan Makanan Penyediaan Makanan Kod kursus : L-0041-1 L-0041-2 Tenaga pengajar Ketua jurusan : Pn Hindon Binti Hj Ismail Pengajar : Pn Harmayah Binti Argadan Pn Norazilah binti Abd Rahman
1. Pengenalan Kursus Penyediaan Makanan merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Hospitaliti. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
2. Objektif 2.1 Memberi latihan kemahiran dari segi teori dan amali dan memberi latihan lanjutan bagi meningkatkan mutu kerja; 2.2 Melatih belia-belia supaya berpengalaman dalam bidang perniagaan (makanan) bagi melahirkan usahawan belia yang progresif dan menanam semangat untuk berdikari supaya mampu bekerja sendiri; 2.3 Meningkatkan disiplin belia sesuai dengan aspirasi Negara; dan 2.4 Memberi latihan logi (OJT) kepada belia dengan kerjasama pihak hotel dan agensi luar.
3. Ringkasan Kursus 3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan perkakas dan alatan masakan. 3.2 Penyediaan pelbagai jenis masakan tempatan dan barat, sarapan jenis tempatan dan barat, pencuci mulut, pastri dan roti.
4. Modul Kursus Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK. 4.1 Perform safety/security and sanitation functions 4.2 Operate and use tools and equipment 4.3 Activate requisition and handle raw materials 4.4 Carry out preparation 4.5 Produce dishes by various methods of cooking 4.6 Produce local breakfast 4.7 Produce western breakfast 4.8 Produce accompaniment 4.9 Produce stocks 4.10 Produce pastry products 4.11 Produce bakery products 4.12 Produce local sauce/gravy 4.13 Produce sauce and dressing 4.14 Produce desserts 4.15 Produce soup 4.16 Produce appetizers 4.17 Produce vegetable dishes 4.18 Produce farinaceous products 4.19 Produce snacks and cocktail dishes 4.20 Produce rice dishes 4.21 Operate outside kitchen area
5. Aktiviti Kursus 5.1 Menyediakan jamuan untuk mesyuarat rasmi, pelawat-pelawat dari dalam dan luar negeri dan dari agensi-agensi luar. 5.2 Menubuhkan koperasi Kelas Penyediaan Makanan, di mana pelajar-pelajar membuat jualan pada hari Sabtu. Koperasi ini juga ada menerima tempahan dari orang perseorangan. 5.3 Menyertai Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia. 5.4 Mengadakan lawatan sekitar Kuala Lumpur. 5.5 Latihan sambil bekerja hujung minggu di Quest Resort dan Silver Park Resort Bukit Fraser, mengikut giliran kepada semua pelajar.
6. Latihan Logi Pelajar akan mendapat latihan selama 16 bulan di Institut ini dan mereka dihantar mengikut latihan logi selama 2 bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di hotel-hotel di seluruh negara terutamanya sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Langkawi, Negeri Sembilan dan Melaka.
7. Persijilan dan Tempoh Kursus Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu:
8. Prospek Kerjaya 8.1 Bekerja di industri perhotelan dan pelbagai jenis restoran 8.2 Usahawan dalam bidang katering
|
|||||||||||||
| Last Updated on Monday, 31 October 2011 16:33 |



