MENU UTAMA
PERKHIDMATAN
AKTIVITI IKBNPT
INTERAKTIF
SIAPA DI TALIAN
We have 7 guests onlineSTATISTIK
Members : 157Content : 124
Web Links : 6
Content View Hits : 270476
| Jurusan Pereka Gaya Rambut |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||||||||||
| Monday, 22 June 2009 14:07 | |||||||||||||||
|
Kursus : Pereka Gaya Rambut Kod kursus : N-022-1 (Pendandan Rambut Muda) N-022-2 (Pendandan Rambut) Tenaga pengajar Ketua jurusan : Pn. Norashikin binti Hj A. Tajuddin Pengajar : Pn. Janefer Farida binti Baharuddin
1. Pengenalan Kursus Pereka Gaya Rambut merupakan salah satu Jurusan di dalam Sekolah Perkhidmatan Personel. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
2. Objektif 2.1 Memberi latihan yang berkualiti serta berketerampilan kepada belia dan beliawanis dalam bidang perkhidmatan Personel; 2.2 Membentuk generasi muda yang dedikasi, dinamik, kreatif dan berwawasan serta berbudaya tinggi berasaskan penguasaan ilmu dan kemahiran; dan 2.3 Memantapkan belia yang berwibawa, bersemangat, berdikari, bertanggungjawab serta berdisiplin bagi memenuhi perubahan masa depan.
3. Ringkasan Kursus 3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan perkakas dan alatan salon. 3.2 Pendedahan kepada mensyampu, menggayakan dan menggunting rambut, mengerinting rambut, mewarnakan rambut, pengurusan salon dan khidmat pelanggan.
4. Modul Kursus Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK. 4.1 Praktik ciri keselamatan 4.2 Mengamalkan kebersihan dan kesihatan dir 4.3 Membina personaliti dan cara berkomunikasi yang baik 4.4 Mensyampu rambut 4.5 Menggayakan rambut 4.6 Menggunting rambut 4.7 Mengerinting rambut 4.8 Mewarna rambut 4.9 Merawat rambut dan kulit kepala 4.10 Pengurusan salon
5. Aktiviti Kursus 5.1 Latihan amali menggunting rambut ke sekolah-sekolah 5.2 Demontrasi make-up dan menggunting rambut 5.3 Seminar menggunting dan mewarnakan rambut 5.4 Mengadakan pertandingan Style Rambut (hair show)
6. Latihan Logi Pelajar akan mendapat latihan selama 15 bulan di Institut ini dan mereka dihantar mengikut latihan logi selama 3 bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di seluruh negara terutamanya disekitar Lembah Klang, Ipoh, Johor dan Kedah.
7. Persijilan dan Tempoh Kursus Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu :
8. Prospek Kerjaya 8.1 Bekerja sebagai Pereka dan Pendandan Rambut di agensi-agensi awam/swasta dan salon-salon dandanan 8.2 Usahawan dalam bidang dandanan/salon
|
|||||||||||||||
| Last Updated on Tuesday, 03 April 2012 09:00 |
CARIAN
AKTIVITI SEMASA
TAHNIAH!!
Tahniah kepada seluruh warga IKBN Peretak sempena "Persijilan Amalan 5S" oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC)" pada 26 Mac 2012 (ISNIN)
Permohonan UPU
Permohonan UPU kemasukan ke IKBN Peretak bagi sesi akademik 2012/2013 telah DITUTUP. Harap Maklum.
KONVOKESYEN
Majlis Konvokesyen IKBN Se-Malaysia 2012 akan berlangsung pada 14 Mei hingga 15 Mei 2012 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tahniah kepada semua graduan.
Kajian ALUMNI
Perhatian!!! Mohon kerjasama kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Peretak untuk memberikan maklumat berkaitan bagi tujuan kajian mengenai kerjaya dan pencapaian pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar pengambilan sesi 2003 ke atas.Terima kasih.
KONVOKESYEN
Senarai Graduan IKBN Peretak yang layak untuk Majlis Konvokesyen Tahun 2012. Harap maklum.


