| Jurusan Penyediaan Pastri |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||||||||||
| Tuesday, 16 June 2009 10:39 | |||||||||||||||
|
Kursus : Penyediaan Pastri Kod kursus : L-110-1 (Pembantu Penyedia Pastri) L-110-2 (Penyedia Pastri)
Tenaga pengajar Ketua jurusan : Pn Maraini Bt Mat Isa Pengajar : En Mohd Fairuz Bin A.Ghaffar
1. Pengenalan Kursus Penyediaan Pastri merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Hospitaliti. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) Disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
2. Objektif 2.1 Memberi latihan kemahiran dari segi teori dan amali supaya terampil dalam bidang penyediaan pastri; 2.2 Memberi latihan kemahiran secara intensif berorientasikan standard perhotelan agar menjadi usahawan berjaya dalam industri makanan; dan 2.3 Memberi bimbingan usahawan supaya bersemangat dan mempunyai daya saing, beretika dan berilmu.
3. Ringkasan Kursus 3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan perkakas dan alatan pastri. 3.2 Penyediaan pelbagai jenis pastri, kek, pencuci mulut, aiskrim, aising, kuih muih tempatan dan teknik mengaising.
4. Modul Kursus Latihan dijalankan berpandukan Sistem pentauliahan oleh MLVK. 4.1 Perform safety/security and sanitation functions 4.2 Operate and use tools and equipment 4.3 Carry out pastry pre-preparation 4.4 Produce pastry according to standard recipe 4.5 Produce pastry mixtures 4.6 Produce pastry accompaniment 4.7 Produce filling and coating creams/icings 4.8 Produce frozen dessert 4.9 Produce hot dessert 4.10 Produce cold dessert 4.11 Produce local dessert 4.12 Produce local delicacies 4.13 Carry out cake decoration
5. Aktiviti Kursus 5.1 Menyediakan hasilan pastri untuk tujuan mesyuarat jamuan dan lawatan. 5.2 Penubuhan koperasi oleh pelatih untuk menjual produk latihan 5.3 Menganjurkan lawatan ke tempat-tempat berkaitan dengan jurusan.
6. Latihan Logi Pelajar akan mendapat latihan selama 8 bulan di Institut ini dan mereka di hantar mengikut latihan logi selama 2 bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di hotel-hotel seluruh negara terutamanya sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Langkawi, Negeri Sembilan, dan Melaka.
7. Persijilan dan Tempoh Kursus Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu;
8. Prospek Kerjaya 8.1 Penyediaan pastri di industri perhotelan dan restoran 8.2 Usahawan dalam bidang membuat pastri
|
|||||||||||||||
| Last Updated on Monday, 31 October 2011 16:01 |



