PENGAJIAN KE SKM TAHAP 3 MELALUI SLDN
PENGAJIAN KE SKM TAHAP 3 MELALUI SLDN PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Rohaya   
Friday, 18 January 2013 08:20

Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak - Peluang dan laluan bekas-bekas pelajar IKBN yang ingin menyambung pelajaran ke SKM Tahap 3 setelah menamatkan SKM 2 tercapai dengan usaha oleh Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak setelah berjaya menyediakan Pusat-Pusat Bertauliah SLDN dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Melalui SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional), pelajar-pelajar akan bekerja dan dalam masa yang sama akan ditauliahkan SKM Tahap 3 setelah berjaya mencapai satu tahap yang telah ditetapkan.

Beberapa projek perintis telah dijalankan bagi tujuan SLDN Tahap 3 ini terhadap bekas pelajar-pelajar IKBN Peretak. Antara syarikat yang telah dipilih bagi tujuan projek ini adalah YR Retail di Puchong, Selangor. Terdapat 3 orang pelajar sedang mengikuti SLDN Tahap 3 ketika ini dalam bidang pastri. Seramai 4 pelajar juga sedang mengikuti SLDN Tahap 3 di Syarikat ZYS dalam bidang Tekstil. Kesemua mereka mengikuti program ini bermula Oktober 2012 dan akan menamatkan SLDN Tahap 3 pada Oktober 2013. Rata-rata pelajar yang ditemui berasa gembira kerana mendapat dua manfaat sekaligus iaitu bekerja sambil belajar bagi memenuhi impian mereka mendapatkan SKM Tahap 3.

 

Disediakan oleh: Sophian Bin Tukiman



Last Updated on Friday, 18 January 2013 08:25
 

CARIAN

AKTIVITI SEMASA




Kajian ALUMNI

Perhatian!!! Mohon kerjasama kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Peretak untuk memberikan maklumat berkaitan bagi tujuan kajian mengenai kerjaya dan pencapaian pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar pengambilan sesi 2003 ke atas.Terima kasih.

<< ALUMNI >>





www.ikbnpt.gov.my

BAHASA

SIAPA DI TALIAN

We have 8 guests online

STATISTIK

Members : 487
Content : 282
Web Links : 6
Content View Hits : 880287

ALUMNI IKBNPT


AKTIVITI ALUMNI

IKBN SE-MALAYSIA