Bahagian Terapi Kecantikan
Bahagian Terapi Kecantikan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 22 June 2009 13:00

Kursus                        :           Terapi Kecantikan

Kod kursus                 :           N-011-1 (Juru Kecantikan)

                                               N-011-2 (Juruestetik)

 

Tenaga pengajar 

Ketua Jurusan              :           Pn. Norashikin bt Hj A. Tajuddin

Pengajar                     :           Pn. Shaliza binti Ahmad Powab 

 

1.    Pengenalan 

Kursus Terapi Kecantikan merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Perkhidmatan Personel.  Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS).  Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem keterampilan.  Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. 

 

2.      Objektif 

2.1    Memberi latihan dalam melahirkan para beliawanis yang berkemahiran,

        berpengetahuan dalam jurusan;

2.2    Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan (tahap) yang

        maksimum; dan

2.3    Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan

        bersaing maju. 

 

3.     Ringkasan Kursus 

3.1    Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri

        dan cara penggunaan perkakas dan alatan solekan.

3.2    Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka,

        teknik mekap, pengurusan salon dan khidmat pelanggan. 

 

4.     Modul Kursus 

Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK. 

4.1    Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas

4.2    Penjagaan kesihatan diri dan salon

4.3    Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan

4.4    Analisis, penjagaan dan perawatan kulit muka

4.5    Perawatan kaedah manual

4.6    Perawatan menggunakan mesin

4.7    Perawatan kuku

4.8    Teknik mekap – asas dan professional

4.9    Perawatan bulu mata

4.10  Pengendalian pelanggan dan khidmat kaunter

4.11  Pengurusan salon

4.12  Etika dan penampilan diri

4.13  Perhubungan awam     

 

5.     Aktiviti Kursus 

5.1   Teori 

Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam ‘learning guide’ mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 1 dan Tahap 2 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel.  Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video. 

5.2    Amali 

Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi.  ‘Live Model’ di kalangan rakan sekerja dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji.  Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak.  Keterampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul. 

5.3    Latihan Niaga 

Pelajar-pelajar diberi peluang terampil kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ dikalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di Institut, juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya. 

5.4    Ceramah dan Demontrasi 

Penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya. 

 

6.     Latihan Logi 

Pelajar akan mendapat latihan selama 12 bulan di Institut ini dan mereka  dihantar mengikut latihan logi selama 2 bulan.  Pelajar-pelajar akan ditempatkan di seluruh negara terutamanya sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Pahang, Johor dan Ipoh. 

 

7.    Persijilan dan Tempoh Kursus 

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu:            

 Bil

 Tahap

Peringkat 

Tempoh 

7.1 

 Tahap 1

Peringkat Asas (Juru Kecantikan) 

 6 Bulan

7.2

Tahap 2

 Peringkat Pertengahan (Juruestetik)

 6 Bulan

 

8.     Prospek Kerjaya 

8.1   Bekerja sebagai Juru Kecantikan di agensi-agensi awam/swasta dan make-up artist.

8.2   Usahawanita dalam bidang kecantikan.


 

 

Last Updated on Wednesday, 04 December 2013 15:15
 

CARIAN

AKTIVITI SEMASA

PERMOHONAN RAYUAN

Permohonan Rayuan IKBN Peretak bagi sesi Julai 2/2014 telah pun DITUTUP pada 23 Jun 2014.Harap maklum




KONVOKESYEN 2014

Majlis Konvokesyen IKBN Se-Malaysia kali ke-10 Tahun 2014 akan diadakan pada 2 hingga 3 Jun 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Graduan IKBN Peretak adalah terdiri daripada pelajar-pelajar kemasukan sesi 1/2012 dan sesi 2/2012. Seramai 222 orang pelajar IKBN Peretak layak menghadiri Majlis Konvokesyen IKBN Se-Malaysia Tahun 2014 dan senarai nama yang layak adalah seperti di lampiran. Untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran anda, sila berhubung dengan Cik Marliana binti Abdullah (Unit Pengambilan dan Rekod Pelajar) di talian 03-60996133.

<>




Kajian ALUMNI

Perhatian!!! Mohon kerjasama kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Peretak untuk memberikan maklumat berkaitan bagi tujuan kajian mengenai kerjaya dan pencapaian pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar pengambilan sesi 2003 ke atas.Terima kasih.

<< ALUMNI >>





www.ikbnpt.gov.my

BAHASA

SIAPA DI TALIAN

We have 9 guests online

STATISTIK

Members : 460
Content : 276
Web Links : 6
Content View Hits : 844351

ALUMNI IKBNPT


AKTIVITI ALUMNI

IKBN SE-MALAYSIA