AKTIVITI IKBNP

CHI
KSKK
HEP
CPKK
INFORMASI

SIAPA DI TALIAN

We have 2 guests online

STATISTIK

Members : 118
Content : 106
Web Links : 6
Content View Hits : 230520

ALUMNI IKBNP

AKHBAR

PAUTAN AGENSI

 

MSC
MY GOVERNMENT
MAMPU
KBS
Hari Belia Negara

 

Ita bermodalkan RM10,000 PDF Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Rohaya   
Wednesday, 02 November 2011 15:43

 

Ita bermodalkan RM10,000




"SEMANGAT cekal jiwa berani, sekali genggam menjadi bara, perubahan sikap harus diuji, kelak sampai ke puncak jaya."

Pantun empat kerat itu sering diungkapkan Siti Zakiah @ Ita Amiruddin sepanjang pertemuan dengannya beberapa hari lalu.

Katanya, ungkapan azimat itu dipinjam daripada pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr. Syed Ahmad Alsagoff, semasa Ita mengikuti kelas pidatonya.

Bagaikan tidak percaya seorang tukang jahit wanita mengikuti kelas pakar pidato itu?

Menjengah ke premisnya, Butik Ita De Fashion di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, jelas ternampak kelainan beliau berbanding usahawan wanita yang lain. Kata-kata azimat terpampang di setiap sudut butik, begitu juga dengan sijil dan pencapaian yang pernah diperoleh beliau.

"Semua ini saya jadikan semangat untuk terus gigih berusaha. Andainya berhadapan dengan masalah, saya akan merenung semula kata-kata perangsang ini," ujarnya.

Selain menjahit, Ita juga aktif dalam bidang kesusasteraan. Ketika menuntut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dahulu, beliau pernah mewakili institusi pengajian tinggi itu dalam pertandingan pidato.

Malah beliau juga pernah mewakili daerah Hulu Langat dalam pertandingan pidato peringkat negeri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi.

"Rasa bangga jugalah sebab kebanyakan peserta yang bertanding merupakan pelajar universiti tetapi saya cuma belajar di IKBN.

"Walaupun begitu, saya tetap dapat tempat kelima daripada berbelas-belas peserta," ujarnya bangga.

Sebenarnya, wanita yang baru mencecah usia 33 tahun ini bukan calang-calang orangnya. Memulakan perniagaan sendiri seawal usia 20 tahun, ibu kepada sepasang cahaya mata ini cukup matang berbanding usianya.

Mendapat pendidikan dalam bidang jahitan di Institut Kemahiran Baitulmal dan IKBN Peretak, Ita membuka perniagaan jahitan dengan menyewa sebuah kedai kecil di Pasar Besar Cheras berbekalkan modal sebanyak RM10,000 yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapanya.


ITA kini menjadi kebanggaan keluarga.


"Pada awalnya saya bermula secara kecil-kecilan dari rumah," ujar Ita ramah.

Lapan tahun di situ, Ita sudah masak sangat dengan selok-belok perniagaan.

Selain keupayaannya menerima tempahan pakaian lelaki dan wanita merangkumi semua jenis fesyen, beliau juga memberanikan diri dengan mendapatkan kontrak daripada sektor awam dan syarikat korporat.

Pelbagai kontrak berjaya diperolehnya, antaranya menyediakan uniform dan juga menjahit langsir pejabat.

Dengan berkembangnya perniagaan tersebut, barulah beliau berani membuka Butik Ita De Fashion yang lebih luas dan selesa sejak lebih tiga tahun lalu.

Selain rajin berusaha, Ita juga seorang yang bijak mencuri peluang. Mengakui beliau tidak memiliki kelulusan yang tinggi dalam akademik, Ita yakin dirinya mempunyai kelebihan tersendiri.

"Bapa saya memang menentang apabila mengetahui saya memilih bidang ini. Dia mahu saya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti adik-adik saya. Tapi saya sendiri yang tak mahu," katanya.

Dengan ilmu jahitan dan perniagaan yang dimilikinya selama 12 tahun itu, Ita tidak lokek untuk berkongsi dengan orang lain. Baginya, tidak salah berkongsi asalkan ia memberi manfaat kepada semua.

Pernah dilantik sebagai mentor kursus jahitan dalam program anjuran bersama Mara dan Puteri UMNO sejak 2006, beliau juga telah berjaya melahirkan beberapa usahawan wanita yang ingin menjadi sepertinya.

"Saya tahu bagaimana rasanya mempunyai kemahiran tetapi tidak mempunyai modal yang cukup dan tidak tahu bagaimana mahu bermula," ujarnya.


SUDAH 12 tahun wanita ini terlibat dalam bidang jahitan.


Kerana itu beliau sehingga kini masih melatih sesiapa sahaja yang ingin belajar menjahit dengan bayaran yang berpatutan dan kelas yang fleksibel.

Tidak cukup dengan butik, Ita mengembangkan pula sayap perniagaannya dengan menyertai syarikat jualan langsung. Baginya, setiap masa yang ada harus digunakan sebaik mungkin.

Menyertai syarikat jualan langsung yang menjual produk kelengkapan rumah, pakaian dan kesihatan, beliau tidak lagi menoleh ke belakang.

Terbaru, Ita membuka sebuah premis di Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur khusus untuk memasarkan dua produk syarikat itu.

Dengan menyertai syarikat itu, beliau juga terlibat dengan kursus kepimpinan dan pelbagai program yang sangat memberi impak kepada tahap keyakinan dirinya.

Kebolehan itu jugalah yang dimanfaatkannya untuk mendapatkan tender daripada beberapa syarikat korporat dan juga sektor awam.

Bercakap mengenai keluarga, Ita merupakan anak sulung daripada lima beradik. Beliau berkahwin dengan Shaiful Bahri Ahmadi, 34.

"Keluarga saya sangat unik. Dua daripada kami memiliki kemahiran. Dua lagi berjaya dalam akademik," katanya yang tetap merancang masa depan kedua-dua orang anaknya walau sesibuk mana pun beliau.

Dua anak Ita ialah Muhammad Haziq, 8, dan Nur Haziqah Najwa, kini berusia tujuh tahun.

"Saya hantar Najwa ke sekolah aliran Cina. Sejak umur empat tahun lagi dia sudah belajar di situ," katanya.

Tambah Ita: "Saya harap suatu hari nanti dia dapat menjadi pembaca berita bahasa Cina di televisyen yang belum pernah diceburi kaum Melayu."


BUTIK ITa De Fashion turut menawarkan kelas menjahit yang fleksibel.


Mengenai pencapaian yang diperoleh sepanjang bergiat dalam perniagaan itu, Ita baru-baru ini telah menerima Anugerah Usahawan Berjaya (Wanita) daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, Ita juga bangga dengan anugerah yang buat julung kali diperkenalkan Institut Baitumal kepada bekas pelatihnya iaitu Anugerah Usahawan Baitumal 2009 yang diraih Ita, Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, seorang rakan niaga yang dahulu merupakan pelajar kelas menjahit beliau mengakui keunggulan personaliti wanita itu.

"Saya hanya seorang suri rumah semasa belajar menjahit dengan Ita. Selepas beberapa bulan, saya semakin mahir dan sekarang menjadi rakan niaga pula," kata Rozita Sahar, 41.

Katanya, Ita seorang yang tegas tetapi ada kelembutan di dalam dirinya.

"Dia seorang wanita cekal yang berani menghadapi pelbagai risiko. Dalam keluarga, dia seorang ibu yang sangat mengambil berat terhadap anak-anak.

"Dengan kawan-kawan pula dia seorang yang sangat setia dan seronok untuk berkawan," ujar Rozita.

 

CARIAN

MAKLUMAN

KURSUS MPP

Kursus Pengurusan dan Kepimpinan bagi Majlis Perwakilan Pelajar akan diadakan pada 10 hingga 12 Februari 2012 yang bertempat di Kompleks Rakan Muda, Taiping, Perak.

<< selanjutnya >>




Keselamatan

Minggu Keselamatan bagi pelajar-pelajar sesi 1/2012 akan berlangsung pada 11 Januari hingga 16 Januari 2012, bertempat di Auditorium, IKBN Peretak. Harap Maklum.

<< selanjutnya >>




Perhimpunan

Perhimpunan Bulanan Bulan Januari 2012 dan Majlis Penutupan Minggu Paradigma anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan diadakan di Dewan DAHA, IKBN Peretak pada 10 Januari 2012 (Selasa) bermula jam 8.00 pagi. Di samping itu, Majlis Pelancaran Amalan 5 S turut diadakan. Semua pegawai, kakitangan dan pelajar-pelajar IKBN Peretak diwajibkan hadir. Terima kasih...

<< selanjutnya >>




Kajian ALUMNI

Perhatian!!! Mohon kerjasama kepada semua bekas-bekas pelajar IKBN Peretak untuk memberikan maklumat berkaitan bagi tujuan kajian mengenai kerjaya dan pencapaian pelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar pengambilan sesi 2003 ke atas.Terima kasih...

<< ALUMNI >>




Sijil SKM

Mohon kerjasama kepada semua bekas pelajar IKBN Peretak Sesi 2/2008, 1/2009, 2/2009, 1/2010, 2/2010 dan 1/2011 untuk mengambil Sijil SKM anda di Unit Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti IKBN Peretak. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Zarol Amin Bin Zali di talian 03-60996014. Harap maklum

<< SENARAI PENERIMAAN SIJIL MENGIKUT JURUSAN >>


www.ikbnpt.gov.my

BAHASA

PAUTAN IKBNP

IKBN ALOR GAJAH
IKBN BACHOK
IKBN CHEMBONG
IKBN DUSUN TUA
IKBN JITRA
IKBN BUKIT MERTAJAM
IKBN KINARUT
IKBN KUALA PERLIS
IKBN PAGOH
IKBN SERI ISKANDAR
IKTBN SEPANG
IKBN TEMERLOH
IKBN WAKAF TAPAI
IKBN NAKA
IKBN KUALA LANGAT
IKBN KEMASIK
IKBN PEKAN
IKBN MIRI
IKBN BANDAR PENAWAR


Penafian : Pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Untuk paparan terbaik (Mozilla Firefox Versi 2.0.0.20 ke atas: 1024 × 768). Semua Hak Milik adalah Terpelihara ©