|

PENGENALAN DAN SEJARAH IKBN PERETAK
Institut ini mula diwujudkan pada tahun 1954 dan bertapak di Morib, Selangor. Pada peringkat awal ia dikenali sebagai
Dewan Belia Morib (Morib Youth Hall) dan berfungsi sebagai pusat khidmat masyarakat. Pada tahun 1964, ia dipindahkan
ke Peretak, Kuala Kubu Bharu dan dinamakan sebagai Pusat Latihan Belia Kebangsaan, Peretak. Ianya dirasmikan oleh
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 29hb November 1964.
Peningkatan kemajuan serta kepentingan Latihan Vokasional dan Kemahiran telah membawa status ke Institut pada
tahun 1991, dan dinamakan sebagai Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Berikutan Projek Emapangan Sungai
Selangor, Institut ini berpindah ke Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu pada 1hb Julai 2002. Kompleks baru Institut
ini dirasmikan oleh YB Datuk Azalina Dato` Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 30hb April 2004.
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, sekarang terletak di Ampang Pecah kira – kira 4 km dari
Pekan Kuala Kubu Bharu, melalui Jalan Hamzah ke Pekan Rasa dan ia adalah 65 km dari Bandaraya Kuala Lumpur.
Ia didirikan di atas kawasan seluas 75 ekar dan pembangunan hanya dibina seluas 25 ekar sahaja. Ia terletak
berhampiran dengan beberapa Institut Pengajian seperti Darul Quran, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
dan Kem Bina Semangat, Ampang Pecah.
IKBN ini merupakan salah satu daripada 14 IKBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Fokus utama
Institut ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga belia yang memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran
dan kesempurnaan dalam sahsiah. Institut ini ditadbir oleh seorang Pengarah, dibantu oleh Ketua Bahagian
Kemahiran, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan. Jumlah keseluruhan
pegawai dan kakitangan pada masa ini ialah 61 orang. Kapasiti semasa pelajar seramai 400 orang.
PERTUKARAN NAMA AGENSI
1954 - Balai Latihan Pemuda Pemudi Kebangsaan Morib
1967 - Pusat Latihan Belia Negara Peretak
1991 - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
PERUBAHAN STRUKTUR AGENSI
1954 - Di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat
1967 - Diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
1987 - Kementerian Belia dan Sukan
JURUSAN-JURUSAN 2010
1) Jurusan Penyediaan Roti
2) Jurusan Penyediaan Pastri
3) Jurusan Penyediaan Makanan
4) Jurusan Penyeliaan Makanan dan Minuman
5) Jurusan Terapi Kecantikan
6) Jurusan Pereka Gaya Rambut
7) Jurusan Jahitan Pakaian Wanita
8) Jurusan Jahitan Pakaian Lelaki
9) Jurusan Fotografi |